Q & A Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) – Panduan Untuk Parents dan Pelajar

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) adalah ujian kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Malaysia. Ujian ini menilai kebolehan pelajar dalam beberapa aspek seperti:

🔹 Kecenderungan akademik – Matematik, Sains, Bahasa Inggeris
🔹 Kecenderungan sahsiah dan minat – Ujian psikometrik

UKKM diperlukan bagi pelajar yang ingin memasuki MRSM di peringkat Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Berikut adalah senarai semak Q & A berkaitan UKKM yang mungkin anda ingin tahu :-

  1. Bagaimanakah membuat permohonan UKKM?
    Permohonon untuk menduduki UKKM harus di buat secara atas talian di pautan berikut https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  2. Bilakah tarikh permohonan UKKM?
    Tarikh permohonon UKKM untuk sesi 2026 akan di kemaskini dari semasa ke semasa di pautan berikut https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  3. Apakah syarat-syarat permohonan UKKM?
    • Permohon adalah warganegara Malaysia Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia
      Permohon perlu mengisi borang online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
      • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
      Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
      • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
      • Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang Aktif kegiatan kokurikulum
      • Pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah akan diutamakan
      • Syarat Kelayakan Akademik Tingkatan 4 2024 Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang Aktif kegiatan kokurikulum Pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah akan diutamakan
  4. Apakah format UKKM?
    • Terdapat empat ujian yang akan diambil oleh calon berdasarkan permohonan MRSM yang dibuat.
      • Sains – 30 soalan objektif (Masa menjawab : 30 minit )
      • Matematik – 20 soalan objektif (Masa menjawab : 30 minit)
      • Bahasa Melayu -30 soalan objektif (Masa menjawab : 30 minit)
      • Ujian Keperibadian – 80 soalan objektif (Masa menjawab : 30 minit)
    • Bagi calon yang memohon kemasukan ke MRSM Teknikal dan Ulul Albab, terdapat satu ujian khas yang perlu diambil sebagai syarat kelayakan.
      • Ujian Teknikal Tingkatan 1
        • Masa menjawab : 35 minit Calon program teknikal sahaja
      • Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1
        • Masa menjawab : 20 minit Ujian hafazan si depan panel/guru
      • Ujian Khas IGCSE (Form 1)
      • Temuduga terbuka Antara 20 hingga 35 minit

Untuk makluman, soalan UKKM bagi calon Tingkatan 1 merangkumi silibus pembelajaran Tahap II Sekolah Rendah manakala soalan bagi calon Tingkatan 4 merangkumi silibus Menengah Rendah.

KLIK SINI UNTUK PERSEDIAAN UJIAN UKKM YANG INTENSIF – MISI KE ASRAMA PENUH

5. Apakah perbezaan program MRSM di Malaysia?
Terdapat lima program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

6. Dimanakah lokasi MRSM di Malaysia ?

Lokasi MRSM Premier

  • Johor: MRSM Batu Pahat, MRSM Mersing, MRSM Muar, MRSM Tun Dr Ismail
  • Perak: MRSM Gerik, MRSM Lenggong, MRSM Pasir Salak, MRSM Pengkalan Hulu, MRSM Sultan Azlan Shah, MRSM FELDA Trolak
  • Kedah: MRSM Baling, MRSM Merbok, MRSM PDRM Kulim, MRSM Pendang
  • Perlis: MRSM Beseri, MRSM Arau
  • Pulau Pinang: MRSM Balik Pulau, MRSM Transkrian
  • Kelantan: MRSM Jeli, MRSM Kuala Krai, MRSM Pasir Tumboh
  • Terengganu: MRSM Kuala Berang, MRSM Kuala Terengganu, MRSM Besut
  • Melaka: MRSM Terendak
  • Pahang: MRSM Muadzam Shah, MRSM Tun Ghazali Shafie
  • Sabah: MRSM Kota Kinabalu, MRSM Tun Mustapha, MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, MRSM Ranau
  • Negeri Sembilan: MRSM Serting
  • Sarawak: MRSM Betong, MRSM Kuching, MRSM Mukah, MRSM Bintulu

Lokasi Sekolah MRSM Bitara

  • Perak : MRSM Taiping
  • Melaka : MRSM Tun Ghafar Baba
  • Kelantan : MRSM Pengkalan Chepa

Lokasi MRSM Ulul Albab

  • Rerengganu : MRSM Kota Putra
  • Negeri Sembilan : MRSM Gemencheh
  • Pulau Pinang : MRSM Kepala Batas
  • Selangor : MRSM Sungai Besar
  • Sabah : MRSM Semporna
  • Pahang : MRSM ATM Bera
  • Perak : MRSM FELDA Trolak, MRSM Bagan Datuk, Perak

Lokasi MRSM IGCSE

Johor : MRSM Johor Bahru, Joh
Kedah : MRSM Kubang Pasu , MRSM Langkawi, Kedah
Kelantan : MRSM Tumpat
Melaka : MRSM Alor Gajah
Negeri Sembilan : MRSM Kuala Klawang
Pahang : MRSM Kuantan , MRSM Tun Abdul Razak
Perak : MRSM Parit
Sabah : MRSM Kota Kinabalu
Sarawak: MRSM Kuching
Selangor : MRSM Kuala Kubu Bharu

Lokasi MRSM Teknikal

Pahang : MRSM Bentong.

Untuk maklumat lanjut tentang UKKM MRSM, sila hubungi nombor telefon 03-2613 2000 atau rujuk www.mara.gov.my untuk info terkini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top