Q & A Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Tahukah Anda? Bermula tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan pelajar ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke sekolah khusus dinamakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

PKSK diwujudkan sebaik pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) serta Maktab Tentera Diraja.

Berikut adalah senarai Q & A mengenai PKSK yang anda perlu tahu :-


1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus ( PKSK ) ?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi
kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi
tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khusus (SK)?

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik
(SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

3. Apa yang dimaksudkan dengan single entry point?

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan
platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus
menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

4. Bagaimanakah untuk saya mengetahui saya layak memohon dan
menduduki PKSK?

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan
menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid
secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

5. Adakah PKSK menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3)

PKSK tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau
Penilaian Tingkatan 3 (PT3) . Ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai
penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan
kepada prestasi akademik semata-mata.

6. Apakah komponen PKSK dan bagaimana ianya dibahagikan?

PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan
Penyelesaian Masalah) -70%
Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%

7. Bagaimanakah PKSK dilaksanakan?

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.
Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei
sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah
perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45
minit.

Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B
secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat
dan masa yang telah ditetapkan.

8. Bagaimana cara untuk mengakses sistem permohonan PKSK?

Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta
nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.

Penjaga utama ialah penjaga yang didaftarkan di dalam sistem Aplikasi
Pengkalan Data Murid (APDM).

9. Apakah laman sesawang untuk mengakses sistem permohonan PKSK?

Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan
https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan
https://spskt4.moe.gov.my bagi tingkatan 4.

11. Sekiranya maklumat peribadi yang dipaparkan di dalam sistem berbeza
daripada maklumat asal, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?

Pemohon perlu merujuk kepada pihak sekolah bagi mengemaskini maklumat
diri dalam APDM melalui sekolah masing-masing.

12. Selain daripada permohonan secara dalam talian (online), adakah
pemohon juga boleh membuat permohonan secara offline (secara
manual)?

Tidak. Pemohon hanya boleh memohon secara dalam talian (online).

13. Adakah murid yang memohon secara dalam talian tetapi tidak menduduki PKSK masih berpeluang untuk ditawarkan ke Sekolah Khusus?

Murid yang telah membuat permohonan secara dalam talian tetapi tidak
menduduki PKSK tidak akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke mana –
mana Sekolah Khusus.

14. Adakah murid masih boleh memohon selepas tarikh tutup permohonan
dalam talian?

Tidak. Permohonan hanya diambil kira dalam tempoh waktu permohonan yang
telah ditetapkan sahaja.

15. Bagaimana dan bilakah semakan status kelayakan untuk menduduki
PKSK boleh dilakukan?

Semua murid yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan
pusat untuk menduduki PKSK di laman sesawang Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) www.moe.gov.my.

16. Dimanakah dan bilakah PKSK akan dijalankan?

PKSK akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah
ditetapkan di seluruh negara pada tarikh yang ditetapkan. Rujuk web rasmi Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa untuk hebahan terkini.

17. Setelah menduduki PKSK, bilakah saya boleh membuat semakan status
permohonan?

Keputusan permohonan kemasukan ke sekolah khusus bagi
Tingkatan 1 akan diumumkan di pautan
https://spskt1.moe.gov.my manakala bagi Tingkatan 4 di pautan https://spskt4.moe.gov.my

18. Benarkah seorang calon hanya ditawarkan satu tempat sahaja di manamana sekolah khusus?

Benar, hanya satu tempat sahaja akan ditawarkan bagi setiap calon.

BACA SINI – Tips Persediaan Ujian PKSK

Scroll to Top